Tuesday, May 5, 2009

LATAR BELAKANG SKPP(P)

Pada tahun 1943 Sekolah Kebangsaan Pasir Puteh telah dipecahkan kepada dua buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Pasir Puteh (L) dan Sekolah Kebangsaan Pasir Puteh (P). Pada awalnya tapak sekolah ini terletak di atas tapak yang digunakan oleh Telekom sekarang di atas keluasan 2 ekar 200 depa. Pada tahun 1949 sekolah ini telah mendapat tapak baru untuk didirikan bangunan sendiri. Sebuah bangunan yang mempunyai 4 bilik darjah yang telah siap dibina. Pada tahun 1951, satu lagi bangunan tambahan dibina yang dapat memuatkan 9 bilik darjah.

Pada tahun 1982 sekolah ini mendapat bangunan baru 2 blok 3 tingkat yang menampung pelajar perempuan seramai 600 orang dengan 16 buah bilik darjah. Tenaga pengajarnya seramai 30 orang. Beberapa kemudahan asas terdapat di sekolah ini. Dari semasa ke semasa sekolah ini sentiasa berkembang maju termasuk bidang akademik dan keceriaan. Tahun 1995 sekolah ini telah mendapat peruntukan untuk membina pagar yang menarik dan sesuai dengan kedudukan sekolah di pusat bandar.

Tahun 1994 sekolah ini telah menerima anugerah Sekolah-Sekolah Dalam Taman yang terbaik peringkat Negeri Kelantan. Tahun 1995 sekolah mendapat tempat keempat terbaik dalam pencapaian UPSR peringkat PPD Pasir Puteh-Bachok. Keputusan yang cemerlang ini adalah merupakan julung-julung kali dicapai semenjak bermulanya Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).
Antara Guru Besar – Guru Besar yang pernah berkhidmat di sekolah ini ialah :1. Nik Mariam Hj. Yusoff - 1943 – 11.11.19572. Zainab bt. Busu - 12.11.1957 – 31.12.19843. Wan Aishah Wan Adam - 01.01.1985 – 10.10.19904. Hamidah Muda - 01.03.1991 – 31.08.19925. Wan. Muhamed Wan Ismail - 01.12.1992 – 15.12.19936. Hjh. Salmi bt. Hj. Ismail - 16.12.1993 – 04.07.20007. Hjh. Rusidah Yusoff - 05.07.2000 – Sekarang


Sekolah Kebangsaan Pasir Puteh (P) sekarang mempunyai tenaga pengajar seramai 31 orang, 6 orang staf sokongan, 4 orang pekerja kontrak dan 3 orang Jaga yang berjumlah seramai 44 orang.Bilangan murid seramai 397 termasuk Prasekolah dan mempunyai sebanyak 14 kelas.Sekolah ini sekarang mempunyai 5 blok bangunan iaitu, Blok A ( kelas ), Blok B ( kelas dan pentadbiran ) dan Blok C ( Makmal Komputer ), Bangunan kayu yang mempunyai 4 kelas dan kedai sekolah, Bangunan Prasekolah. Antara bilik-bilik khas yang ada ialah Pusat Akses, Bilik PPSMI, Pusat Sumber Sekolah, Bilik Guru, Pejabat, Makmal Sains, Musalla, Bilik Gerakan, Bilik Sukan,kantin, Bilik Etems, Bilik Pemulihan, Kedai sekolah, Bilik j-Qaf, Bilik SPBT, Dewan Sekolah, Bilik Kemahiran Hidup & Stor Sukan.

No comments:

Post a Comment